3 Tempat Yang Menarik Perlu Dilawati di Sekitar Bandar Puncak Alam

Bandar Puncak Alam adalah sebuah bandar di dalam daerah Kuala Selangor, Malaysia. Kedudukannya lebih kurang 29km kilometer dari daerah Kuala Selangor dan 33km  daripada Bandar Shah Alam, ibu negeri Selangor.

Selain kedudukannya yang berdekatan dengan UiTM Puncak Alam, terdapat pelbagai pusat pelancongan yang menarik untuk dilawati di sekitar Bandar Puncak Alam. Antara tempat-tempat menarik tersebut ialah:
1. Kuala Selangor Fireflies
Photo Kredit: haiwai.qunar.com


Jika anda suka melihat lampu-lampu yang cantik, anda wajib ke sini kerana anda berpeluang menaiki bot untuk melihat banyak kelip-kelip yang terbang bebas yang mengeluarkan cahaya semulajadi. Kuala Selangor merupakan salah satu kawasan yang memiliki koloni kelip-kelip terbesar di dunia.

Apabila malam menjelang, dengan suasana gelap di sekitar, anda akan terpesona melihat kecantikan kelip-kelip, ibarat anda hidup di dalam dunia magikal. Tips yang paling penting sebelum anda ke sini, anda dinasihatkan supaya jangan membuat bunyi bising dan tidak menggunakan kamera berflash kerana ia akan mengakibatkan kelip-kelip tersebut lari.

Taman Alam ini terletak hanya 28km sahaja dari Bandar Puncak Alam.

Waktu Operasi: Setiap Hari dari pukul 8.00pm – 10.30pm (Kecuali Hujan)

Tiket Masuk: RM15

Alamat: Firefly Park Resort Sdn Bhd, Jalan Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, 45000 Selangor Darul Ehsan.

2. Pantai Remis


Photo Kredit: http://manja-ibu.blogspot.my



Kawasan yang menjadi tarikan ramai penduduk tempatan untuk berkelah pada hujung minggu atau musim cuti sekolah. Terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti bermain layang-layang, bersiar-siar di tepi pantai, memancing dan melihat matahari terbenam.

Namun, pantai ini tidak sesuai kepada yang ingin bermandi manda kerana pinggir pantai ini telah ditambak oleh batu-batu besar.

Photo Kredit: http://manja-ibu.blogspot.my

Taman Alam ini terletak hanya 21km sahaja dari Bandar Puncak Alam.

Alamat: Pantai Remis, 45800, Jeram, Kuala Selangor

3. Taman Alam Kuala Selangor

Photo Kredit: http://www.tourismselangor.my



Taman Alam ini terbahagi kepada 2 bahagian yang berbeza iaitu Hutan Hujan Tropika dan Hutan Paya Bakau. Kepada peminat-peminat burung, hutan ini sangat kaya dengan pelbagai spesis burung yang bukan sahaja dari dalam negara malahan burung-burung yang berhijrah dari luar negara.

http://www.tourismselangor.my

Spesis burung yang menyinggah hutan ini dari luar negara biasanya datang setiap tahun mulai bulan September hingga April pada waktu negara asal mereka mengharungi musim sejuk. Antara spesis burung dari negara lain yang boleh ditemui di sini adalah burung Brown Shrike, Warbler, Purple Herow, Great Eagle dan banyak lagi. Spesis-spesis burung tempatan pula adalah seperti burung Raja Udang, bangau, Serandau dan lain-lain.

Lawatilah Taman Alam Kuala Selangor sekiranya anda ingin mendapatkan udara segar di samping melihat keindahan alam sekeliling yang turut meriah dengan bunyi kicauan burung. Pastikan anda membawa teropong dan kamera kalau ke sini.

Taman Alam ini terletak hanya 29km sahaja dari Bandar Puncak Alam.

Waktu Operasi: Setiap Hari Termasuk Cuti Umum (9.00am – 6.00pm)

Tiket Masuk: Dewasa RM4 | Kanak-kanak (Bawah 17 Tahun) RM1 | Warga Emas RM2

Alamat: Taman Alam Kuala Selangor, Jalan Klinik, Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

Photo Kredit: http://www.tourismselangor.my

Kami pasti penduduk sekitar telah melawat tempat-tempat menarik ini semua. Tetapi bagi yang datang dari jauh pula, tempat-tempat ini boleh menjadi sebahagian program percutian anda jika ingin ke Bandar Puncak Alam.

Kepada anda yang merancang untuk bercuti di sini selama beberapa hari dan mencari homestay, anda boleh layari blog Deluxe Inn Puncak Alam, salah satu homestay terbaik di Puncak Alam bagi mendapatkan penginapan yang berbaloi setaraf hotel dengan harga yang sangat berpatutan.

Akhir kata, diharapkan artikel ini dapat membantu anda dalam membuat perancangan percutian yang menyeronokkan di sekitar Bandar Puncak Alam.



Comments

Popular posts from this blog

Homestay Berdekatan Dengan UiTM di Bandar Puncak Alam

30 Web Terbaik Yang Wajib Anda Lawati